Serasi – Saatku Terlontar Derita Lyrics
Walaupun di mana dikau berada sayang
Cubalah kau dengarkan keluhan hatiku
Bukan ku merayu atau pinta simpatimu
Tetapi sekadar menyedarkan dirimu
Dulu katamu kau pernah dikecewakan
Lalu kau sandarkan lukamu di bahuku
Aku pun cuba membalut luka di hatimu
Sehingga hidupmu bahagia
Selepas itu kau berubah
Diriku ini tak lagi kau perlukan
Semudah itu kau lontarkan aku
Lupakah kau pengorbananku oh...
( korus )
Dulu akulah yang menyapu
Airmata yang berderai di pipimu
Kini bila aku pulak kau lukai
Tiada siapa yang merawat hatiku ini
Saatku terlontar derita
Kuterima khabar tentang oh dirimu
Kau sedang bahagia dengan sidia
Bertambah hancur dan berkecai hatiku ini
Sudah menjadi resam di dunia ini
Kita hanya disayangi bila diperlukan
Begitu kisah terjadi padaku
Maafkan aku kiranya kau terasa