Evan And Jaron – Letras de Gurisan Hidup

Gurisan hidup telah tersurat
Walau kucuba memadamkannya
Segala yang aku hajati
Tak menjadi...

Mahligai cinta terbakar jua
Kerana bahang cemburu buta
Yang suci bisa dikotori
Oleh mimpi

Kata-kata tidak bisa merubahmu
Pujuk rayu engkau anggap hanya palsu
Tiap langkah engkau ukur dengan sangsi
Hingga aku tidak tahan lagi

Hidup bagaikan dicengkam duri
Kasih sayang tiada erti
Kalau begini rela sendiri
Darikan menyiksa diri

Gurisan hidup telah tersurat
Kasih sayang kini tersirat
Tak mungkin akan tercantum semula
Cinta kita...

Gurisan hidup telah tersurat
Aku bagai terjerat

Añadido por Guest