Carefree – Tahniah Dan Ucap Selamat lyrics

Sungguh bangga hatiku dapat berita darimu
Kucapai kejayaan di bidang pelajaran

Kau terima kepujiaan dengan amat cemerlang
Lulus dalam ujian kau pelajar terbilang

Semua teman teman merasa sangat kagum
Kerana kau berjaya harumkan nama bangsa

Tahniah kukirimkan berserta ucap selamat
Tak sabar ku menanti harinya engkau pulang

Walau kau anak miskin hidup penuh derita
Tapi engkau berazam mencapai cita-cita

Nasihat ayah ibu didikan sekolahmu
Kini telah terbukti engkau putera harapan

Semoga engkau selamat kembali ke pangkuan
Keluarga dan negara sebagai putera-putera

Ayah serta ibu dan juga guru-guru
Bersama turut bangga melihat ijazahmu

Submitted by Guest