Kru – Hilang Kawalan lyrics

Walau terlalu pahit untuk ku menelan
Dikau terlalu manis untuk ku lepaskan
Ku pun tak tahu apa ku mahu
Tapi aku mahu mu

Walau keliru dengan reaksimu
Yang berubah-ubah padaku
Adakah kau sengaja cuba-cuba uji kesabaranku?
Adakalanya cintamu hangat
Tapi s'lalunya dingin membeku

Seaneh-aneh manusia di dunia
Dikau mengatasinya
Tapi mungkinkah kerana itu diriku gila padamu
Kerna manisnya lebih terasa
Bila biasa ku di kecewa

Memang tak dapat ku nafi ku bermain api
Jika tersilap hari ia membakar diri
Dari mula sehingga kini aku sedar
Dikau bukannya mudah untuk dipunya
Bila kau menyakiti hati berulang-ulang kali
Esoknya kau berikan cinta sehangat matahari
Ku tak bermaya melawan rasa
Mungkin ku sudah hilang fikiran ku hilang kawalan

Submitted by Guest